Saturday, February 18, 2012

Kenapa Mesti Membeli Emas


Beli Emas Lindungi Ekonomi Keluarga.


Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa harga emas melambung-lambung dalam masa 10 tahun ini melebihi 500% terutamanya 6 bulan kebelakangan ini.
Faktor sebenarnya kenaikan ini ialah kebimbangan negara-negara dunia dengan krisis hutang Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah.


Data IMF menunjukkan bank-bank pusat seperti Thailand,Rusia,Kazakhstan dan Korea Selatan menambah rizab emasdalam pegangan mereka dalam masa 4 bulan yang lepas.Korea Selatan sebagai contohnya,buat pertama kali membeli emas dalam masa 10 tahun ini.
Korea Selatan borong 25 ton emas dalam bulan Jun dan Julai 2011.Kalau negara-negara lain dah menunjukkan desperate membeli emas untuk lidungi ekonomi dan masa depan mereka,maksudnya begitulah juga persamaannya yakni kaedah yang sama untuk ekonomi keluarga kita.


Apa yang kita boleh belajar dari fenomena ini ialah,emas adalah kekayaan dan keupayaan pasak ekonomi sebenar.Jangan biarkan duit kita terbiar tanpa disandarkan kepada emas iaitu duit simpanan tetap dan yang tidak dirancang penggunaan dalam masa terdekat iaitu dalam tempoh 6 bulan terdekat.


Contohnya harga emas Januari 2011 adalah sekitar RM150/gm dan Jun 2011 sekitar RM170/gm manakala kini Januari 2012 sekitar RM190/gm.Jika awal tahun Januari 2011 hari tu telah menukar duit simpanan kepada emas katakan kepada 100gm pada Januari 2011 bernilai RM15,000,menjelang Mei 2011 mencapai nilai RM17,000 dan kini telah bernilai RM19,000.
Dalam kata lain telah mencapai kenaikan RM4,000 DALAM MASA 12 bulan hampir 27% kenaikkan.


Untuk mudah faham,di bawah ini adalah senarai faktor-faktor yang berkadar terus dengan kenaikan harga emas iaitu:


1. Nilai matawang USD menyusut.
2. Pasaran saham merudum.
3. Harga minyak naik.
4. Inflasi meningkat.


Jadi apa kaitan krisis hutang US dan Eropah dengan harga emas?
Bila ada krisis hutang,nilai matawang negara tersebut akan menyusut sebab negara lain tidak akan menggunakan duit kertas tu lagi dimana tiada lagi pergantungan terhadapnya.
Kebimbangan nilai wang tersebut terus menguncup hingga tidak laku.Kalau negara itu bankrup,duitnya telah tidak bernilai.


Rahsia Emas Bhg 1.






Rahsia Emas Bhg 2.



Rahsia Emas Bhg 3



Apakah niat kita menyimpan dinar?

Memartabatkan sunnah,nilai intrinstik,keuntungan,etc...
Jika dilihat dari aspek memantapkan ekonomi keluarga ia mampu juga jana PASSIVE INCOME yang hebat,sehebat passive income dari pelaburan hartanah.
Begitulah juga kepada anda semua,simpanlah emas sambil  pelajarilah ilmu pelabuhan emas ini,InsyaAllah ia mampu memberikan pulangan yang hebat jika tahu caranya.


Semua orang tahu,emas adalah logam berharga.Semua orang tahu barang kemas mahal,Semua orang tahu harga emas sentiasa naik,tetapi tak semua orang tahu bagaimana nak mengambil kesempatan dari kelebihan emas ini.


Ucapan Bekas Presiden BSKL Dato Salleh Majid Mengenai Emas



Untuk informasi lanjut boleh hubungi saya ditalain 010-4057566 @ 010-4067566

Wednesday, February 15, 2012

Simpanan Pelaburan Emas


Sabda Rasullullah s.a.w :

" Akan tiba di satu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia.Maka simpanlah dinar dan dirham ( untuk digunakan)"

Riwayat : Imam Ahmad Ibnu Hanbal.

" Penggunaan dinar dan dirham sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus.Emas tidak sama dengan mata wang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa."

Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas?

Simpanan emas bermaksud anda menukarkan simpanan wang anda @ hasil pendapatan anda dengan membeli emas.Emas yang sesuai sebagai simpanan pelaburan adalah emas fizikal dalam bentuk dinar,syiling,bar dan jongkong.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang dan anda boleh juga merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan sederhana juga.

Emas sangat istimewa kerana:

1. Bernilai tinggi.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
2. Diiktiraf diseluruh dunia sebagai benda yang berharga.
3. Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4. Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.
5. Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi.
6. Mudah untuk ditukarkan kepada duit.
7. Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya.

Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?

Semua orang yang menyimpan wang kertas yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli barang/perkhidmatan.

Wang kertas bukanlah penyimpan nilai yang baik.Ia akan susut nilai dan akan terus dimamah inflasi.Manakah yang anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan(belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang nilainya naik untuk jangka masa panjang.

Dimanakah saya hendak membeli emas?

Emas fizikal kini boleh dibeli dengan syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari harga di kedai emas.Salah satu syarikat yang kini giat menjalankan aktiviti jual/beli emas fizikal adalah syarikat Goldcrest Pavillion Sdn Bhd.Syarikat milik penuh bumiputera.Kini terdapat beribu ejen diseluruh negara untuk anda membeli emas fizikal.

Anda boleh menghubungi saya Mohd Jefri Ayob di talian 010-4057566 jika ingin membeli emas fizikal dan memulakan simpanan pelaburan emas anda sekarang.Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.

Berbagai bentuk emas fizikal boleh anda beli untuk dijadikan simpanan pelaburan masa depan anda seperti dinar emas,bar emas dan juga barangan kemas seperti rantai tangan dan rantai leher.

 Gold Bar 999 10gm,20gm,50gm,100gm

Dinar emas 999 4.25gm

Rantai Tangan Gajah 999 10gm,20gm,50gm,100gm

Rantai Tangan Pasir 999 10gm,20gm,50gm,100gm

Rantai Leher 999 10gm,20gm,50gm,100gm


Bilakah masa yang sesuai membeli emas?

1. Bila anda ada wang dan ada kesedaran teruslah membeli dan janganlah berlengah lagi.
2. Beli semasa harga emas turun sedikit.Ini tidak bermakna siapa yang membeli emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
3. Beli secara konsisten setiap bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan emas atau letakkan target 1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10gm mengikut kemampuan kewangan anda.

Sebab apa saya perlu simpan emas?

1. Nilai wang semakin jatuh.
2. Harga emas semakin naik untuk jangka masa panjang.
3. Emas adalah aset yang mudah cair.
4. Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi.
5. Pelindung kekayaan.
6. Portfolio Simpanan dan Pendapatan.

Bagaimana saya harus bermula?

Tip Simpanan Emas.

1. Penyimpan.

Sebagai penyimpan,anda beli mengikut kemampuan anda.Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan 3/4 simpanan tersebut untuk membeli emas.
Kemudian rancang bajet anda.Setelah ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara konsisten.Contohnya 1 dinar 1 bulan.



Pelaburan Emas Fizikal Sungguh Menguntungkan Dalam Jangkamasa Panjang.

Kenaikan Emas Dalam Jangkamasa 1 Tahun.

Kenaikan = 25.57%

Kenaikan Emas Dalam Jangkamasa 5 Tahun.

Kenaikan = 167.91% wowwwwww.........

Pelaburan Emas Pelaburan Yang PASTI Untung Untuk Jangka Masa Panjang.

Graf berikut menunjukkan harga emas sejak 10 tahun yang lalu bermula dari Febuari 2002 hinggalah sekarang Febuari 2012.

Kenaikan harga emas dalam masa 10 tahun.

Graf harga emas untuk 10 tahun diambil daripada laman web www.kitco.com

Graf di atas diambil daripada laman web www.kitco.com iaitu sebuah laman web rujukan utama dunia bagi harga pasaran emas.

Berdasarkan graf diatas,dapat kita simpulkan bahawa sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah meningkat naik daripada USD271.50/oz kepada USD1900.30/oz.
Ini merupakan kenaikan 600% bersamaan dengan purata 60% setahun!

Saya tanya anda,ada ke pelaburan dimuka bumi ini yang boleh memberi pulangan keuntungan sebanyak 60% setahun dan dijamin selamat?
Jawapannya memang tiada.....

Tapi emas sangat berpotensi memberi pulangan keuntungan kepada anda sebanyak itu untuk jangka masa panjang.
Berdasarkan hasil kajian,untuk menilai sesuatu pelaburan itu,kita perlu melihat tren track record pada tahun sebelumnya.Dalam dunia pelaburan,tren tidak akan sesekali menipu anda.

Untuk pengetahuan anda juga,orang dulu-dulu pun telah mula menghargai nilai emas yang boleh membina dan menjamin kekayaan sebenar mereka.

Ciri-ciri Pelaburan Yang Menjadi Idaman Anda Untuk Membina Kekayaan & Keuntungan.

Anda pun sudah mula sedar,untuk terus membina kekayaan dan gandakan wang anda menjadi lebih banyak,anda perlu melaburkannya.

Jikalau hanya mengharapkan wang gaji bulanan daripada pekerjaan tetap anda sahaja semata-mata,memang jangan haraplah anda mampu menjadi kaya dan hidup senang dikemudian hari.

Pelaburan emas mampu memberi pulangan keuntungan melebihi 15-20% jauh lebih baik daripada ASB,Tabung Haji,Simpanan Tetap (FD),Unit Trust,Hartanah,Forex dan lain-lain.

Kalau diberi peluang untuk melaburkan wang anda,pastinya perkara-perkara berikut menjadi kriteria utama pilihan anda:

1. Risikonya adalah yang PALING rendah untuk mengalami kerugian.Dalam bahasa mudahnya,duit yang anda labur itu tak hangus begitu sahaja.Anda inginkan pelaburan yang PALING selamat.

2. Pelaburan yang tak perlu anda nak bersusah payah tengok graf depan PC siang malam,pagi petang.Contohnya seperti pelaburan saham atau FOREX.Risiko untuk anda hilang duit memang tinggi kalau tak sentiasa pantau pergerakan graf!

3. Mempunyai tahap kecairan yang tinggi.Maksud kecairan ialah kebolehupayaan untuk pelaburan anda itu ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa.Mana tahu tiba-tiba anda memerlukan wang tunai dalam keadaan terdesak.

4. Pelaburan yang kalis inflasi.Wng yang anda laburkan itu tidak mengalami susut nilai dari segi matawang.Tak kira walaupun nilai matawang jatuh akibat inflasi,pelaburan anda masih kekal nilainya.Malah bertambah-tambah nilainya.

5. Tak perlukan modal besar berpuluh-puluh ribu ringgit seprti pelaburan hartanah.Belum masuk lagi soal urusan prosedur jual-beli,urusan dokumen,serta upah lawyer untuk pemilikan hartanah tersebut.Mengambil masa berbulan-bulan baru settle.


Anda sendiri telah pun faham akan potensi besar pulangan dan keuntungan pelaburan emas.Oleh sebab itulah,tiada langsung alasan anda sendiri.Anda PERLU MENYIMPAN EMAS bagi memelihara dan menjamin kekayaan yang anda bina selama ini.

Sekarang saya pasti anda sudah benar-benar yakin dengan potensi besar pelaburan emas yang mampu membina kekayaan buat anda disamping kemampuannya untuk memelihara kekayaan yang telah anda bina tersebut.

Harga emas memang akan terus naik.Naik dan melonjak naik dengan tinggi!

Semakin meningkatnya harga emas yang telah anda miliki,semakin tinggi juga pulangan keuntungan anda kelak.
Anda memang sudah tak sabar-sabar nak mulakan pelaburan emas ini kalau boleh.

Anda pun memang sudah faham,makin awal anda mulakannya,makin besar keuntungan yang bakal anda perolehi kelak pada masa hadapan oleh kerana harga emas yang sentiasa melonjak naik!
Jadi jangan tunggu lagi.

Belilah emas dari sekarang...Boleh order dengan saya di talian 010-4057566 @ 010-4067566


30 Kelebihan  Melabur dan Menyimpan Emas.


1. Suatu pelaburan untuk jangkamasa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.
2.Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual beli,pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan bila-bila masa.
4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut Islam.
5. Mudah dan senang diuruskan.Hanya simpan dan tunggu.
6. Aste simpanan apabila keadaan ekonomi,politik walaupun sistem ekonom jatuh.
7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi.
8. Pelaburan yang selamat,jika amaun simpanan adalah besar,pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen,mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.
10. Boleh dipakai,disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11. Boleh dipajak untuk tunai sementara,pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di Ar-Rahnu.
12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik.
13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gm-100gm.
14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15. Sebagai satu cara menyimpan duit dari berbelanja ke arah perkara yang membazirkan.
16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang Islam.
19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri shaja berbanding membeli barangan import seperti Honda,Toyota dan Mercedes.
20. Mmebeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita tetapi juga dapat membantu suami,anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
21. Sebagai hadia kepada isteri,anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
22. Kawalan penuh,sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri,anda tidak memerlukan pengurus dana,consultan atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup.
24. Hutang Amerika Syarikat berjumlah trillion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia,disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai,hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya tutup.
26. Backup didalam modal perniagaan,cagaran perniagaan dan sebagainya.
27. Memulan perniagaan baru seperti orang Kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang dinegara mereka.
28. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurangnya 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
29.Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
30. Hantaran kahwin...lebih lama ditunggu,harga emas akan lebih tinggi.Maka Kahwinlah cepat....




Belilah emas dari sekarang...Boleh order dengan saya di talian 010-4057566 @ 010-4067566